Wahai Allah…..
Wahai zat YANG MAHA AGUNG kemuliaanNYA dan sentiasa memiliki ketinggian….
Wahai penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan dan pencipta arasyMU yang Agung….
Wahai yang memiliki sifat yang sempurna dan menunaikan segala permintaan….
Jika KAU mengkehendaki, maka dengan sekelip matapun KAU boleh mendatangkan taufan yang mana lautan pun malu melihatnya…
Dan jika KAU mengkehendaki, seluruh makhluk ini KAU boleh tempatkan dalam tempat sebesar zarah dengan ucapan ‘KUN’…
Sesuatu yang tiada.., DIKAU boleh wujudkan…
BagiMU tiada sesuatu pekerjaan yang sukar, Ya ALLAH…
Wahai Allah….,
Bersihkan dan hapuskan kekotoran zahir dan batin kami dengan kesempurnaan…
keampunanMU….. dan lautan kemaafanmu….
Ya ALLAH, kurniakan kami dengan pakaian zuhud dan taqwa….
mengkhidmati makhluk….
dan menuruti sunnah dengan bersih dan nyata….
Jadikanlah maksud kehidupan kami, untuk meninggikan dan mengharumkan agama Muhammad S.A.W.
Jadikan kami sebagai mentari ilmu……..
dan kau jadikanlah amalan-amalan dan kebaikan kami sempurna….
Yakni menjadi sumber hidayah kepada kami….
Dan orang-orang yang bertaqwa juga akan memilih jalan amalan soleh dari sinar kecemerlanganmu..
Dan jadikanlah kami seumpama mata air yang mengairi taman Islam di musim gugur sehingga hari kiamat……
W ahai Tuhan semesta alam….
Dalam kehidupan sesingkat ini, ambillah kerja-kerja dari kami perkara yang perlu dikerjakan disini….
Dan peliharakan kami Ya Allah dari perkara-perkara yang tidak perlu dikerjakan disini, bagi hari-hari dalam kehidupan kami…..
Dimana kami telah laluinya dengan lalai dan leka….
Jadikan sesuatu yang dapat menggantikannya wahai Allah….
Kurniakanlah kami dengan kecintaan terhadap iman dan hiaskanlah ia di dalam hati kami…..
Campakkanlah rasa takut di dalam hati kami, terhadap kekufuran Ya Allah…,terhadap dosa…dan terhadap derhaka…..
Dan jadikanlah kami org-org yang memperolehi hidayah dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah..
Supaya ketika waktu kami mati dan didalam kubur dan dihari kiamat nanti, kami bersukacita dan gembira dan JANNATUL FIRDAUS menjadi tempat kami Ya ALLAH….
Wahai Allah……..
Jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal…..
Yang mana di depan taufan kekufuran dan kesyirikan pun tidak akan dapat meruntuhkannya…..
Dan ianya akan menjadi pukulan bagi menghapuskan segala kesesatan Ya Allah……
Dan ambillah dari kami sebarang khidmat untuk membantu agama Muhammad S.A.W yang akan
menjadi sedekah yang berterusan……..
dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah…..
Wahai Allah…..
Daku bukanlah ahli Jannatul Firdaus MU……
Dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakamu Ya ALLAH….
Maka berikanku taufiq untuk bertaubat dan ampunkanlah dosa-dosaku…. Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah…..
Ampunkanlah ……
kerana sesungguhnya Engkau adalah pengampun segala dosa-dosa yang besarFirman Allah:
“ Dan berdoakanlah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya dimakbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”
Surah Al-A’raaf : 56
Labels: taubat

0 comments:
Post a Comment