Jatuh Cinta Lagi

3:58 AM / Posted by dr nasa /

Beruntungkah kita jatuh cinta lagi?

Kepada siapa? Hanya sesama manusia?

Antara lelaki dan wanita yang belum pasti penghujungnya? Belum ada ikatan?

Alangkah ruginya hidup ini……….

Alangkah beruntungnya jika CINTA LAGI itu jatuhnya kepadaNYA yang MAHA PENYAYANG,ALLAH S.W.T

kepada kekasihNya yang sempurna akhlaknya …..Rasulullah S.A.W

Malah kecewanya hati pabila menyedari malah ada segelintir yang langsung tiada perasaan cinta kepadaNya……

jauh sekali cinta itu akan jatuh lagi…

“relaxla kita muda lagi, nanti bila dah tua kita bertaubat, jatuhla cinta tu nanti…”

“Lagipun cinta macam nie x ade responla. Tak syok… tak feel…”

“kalu bercinta mesti ada surat cinta…, ada orang bertanya kabar, sihat ke tidak, dah makan ke belum…. Alahai indahnya………. MACAMTULA kita nak kalu bercinta”

“Maksud aku yang sentiasa cintakan dan sayangkan diri kitala, bila susah tolong, menangis pujuk”

Mudahnya kita luahkan kata2 sebegitu….

Pilu hati mendengarnya……..

Wahai manusia ceteknya pemikiran kita…..

Tidak kah kita dongak ke langit melihat keindahan langit yang manjadi bumbung kehidupan ini..? sayangnya MAHA PEMURAH kepada kita….

Tidakkah kita dapat surat cinta daripadaNYA beribu-ribu tahun yang lepas yang sehingga kini menjadi rujukan setiap insan yang mencari ketenangan, memerlukan nasihat, maklumat dan pelbagai peringatan iaitu AL- QURAN….. ? sayangnya MAHA BIJAKSANA kepada kita…..

Tidakkah kita lihat di sekeliling rakan-rakan yang kasihkan kita, ibu bapa yang membelai kita…. SIAPAKAH PENCIPTANYA? sayangnya MAHA PEMURAH kepada kita…….

YANG paling utamanya rakanku…..

Tidakkah terdetik dihati kita ……

Dari mana datangnya nikmat CINTA DAN SAYANG ini?

Angkuhnya diri ini Ya Allah….

Sombongnya hati ini Ya Allah

“Ya Allah kupohon padamu…. Datangnya nikmat cinta ini dari mu…terbitnya sayang ini darimu…

berilah petunjuk dalam hati ini….tetapkanlah hati ini supaya sentiasa bertakwa kepadamu.”

Wahai insan,

Masih belum terlambat ……

Tetapkanla dalam hati yang sentiasa lalai ini

“Allah menjadi yang pertama yang kucintai….yang kusayangi….”

Ingatlah Allah tidak pernah rugi dengan apa yang kita lakukan…

Tetapi sesungguhnya kita akan kerugian untuk selama-lamanya.

“( Mereka berdoa), “ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

Surah Ali Imran ayat ke-8

0 comments:

Post a Comment